Khamis, April 16, 2009

Kamilah Laskar Pelangi!!!


Ilmu peyuluh hidup kerana ilmu itu cahaya dan cahaya tidak akan masuk ke dalam hati yang gelap. Sebab itu,bersihkanlah hati agar ada ruang untuk ilmu itu masuk.

Hehe..pabila Didie berfal'sampah'...=P

Ok2..sebenarnya, saya baru je menonton filem Laskar Pelangi yang mana adunan ceritanya benar-benar menyentuh sekeping hati ini (cheewah..!=P)..

Cerita adik-adik di pedalaman yang kalau nak pergi sekolah pun kena melintasi buaya di tengah jalan. Sudah lah sekolahnya jauh,nunnnnnnnn di ulu sana, mahu beli kapur saja sudah seharian berbasikal. Aduhai, luar biasa sungguh anak-anak ini!

Tereflek dengan diri kita saat ini. Sekolah kita kadang-kadang cuma 15minit jalan kaki dah sampai, tapi tu pun kita liat nak ke sekolah. Astaghfirullah...

Anak-anak Laskar Pelangi tidak punya library pun di sekolah mereka, yang ada cuma sebuah sekolah papan yang usang dan berlubang di sana-sini, yang kalau hujan turun, banjirlah kelas mereka.Tetapi mereka rajin mentelaah mana-mana buku yang ada.

Reflek lagi dengan kita. Di sekolah, kita punya library yang besar...mewah...tapi ada ke kita pergi memanfaatkan library tu? Kalau ada pun ciput je kan?

“Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya,bukan menerima sebanyak-banyaknya...”

Terkesan sungguh dengan kata-kata ini. Kadang kita sebagai manusia biasa tak lepas daripada perasaan ingin dihargai, dipuji, disanjungi dan sebarang ‘di’ lagilah. Tapi sebenarnya, semua itu Cuma merosakkan amalan sahaja. Merosakkan pahala yang dijamin syurga, tapi bila niat sudah berubah, nerakalah galang gantinya. Nauzubillah...

Marilah menyuluh hati dengan ilmu. Kerana kita diangkat darjatnya oleh Allah dengan ilmu...Setiap orang harus diberi peluang untuk belajar,untuk bercita-cita...Jangan takut untuk bermimpi sahabat-sahabatku sekalian. Jangan takut untuk bercita-cita tinggi. Biar apa orang ingin kata, tetaplah warnai bintang di jiwamu. Kerana mimpi itulah kunci untuk kita menakluk dunia!!!


Ni hadiah dari saya untuk sahabat-sahabat diari didie=) Dengarkan ya..



p/s;Sape2 yang tak tengok lagi Laskar Pelangi, cepat cari dalam Youtube!!!

8 comments:

ecz emz berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
dR.DidiE berkata...

heh,ema yg skang pon sme je..mne ade brubah...i.Allah..sama2 kita saling ingt mengingatkn...

misz yanie berkata...

salam..(komen pertama di Diari Didie)
sesungguhnye sebelum ni aku tlh melihat shbt ku 2 org di leicester ni sgt rajin. SGT RAJIN.sejak di intec lg. teringin jd mcm kamu ber2. kna mujahadah! insyaALLAH kite bkl pendidik. memainkan peranan penting. kitelah yg bertanggungjwb utk membw ank2 didik kite nnt utk mengenal ad-din. insyaALLAH.

dR.DidiE berkata...

yani, rajinkah saya????huhu...skang giliran saya bertanya, "mana didie yang pernah rajin dulu????"huhuuuuuuuuuuuu

cahyakbahgiaan khalifah berkata...

salam wat didie n sume laskar pelangi hidupku..afwan ntk ema yg xsempat kte jmp ble singgah ke sini..rasa bersalah lk bila mnghilangkan dri masa ema dtg..ble didie ltk title laskar pelangi ni kte rase mcm satu pengiktirafan plk ntk jadi atau mmpyai semangat mcm yg da ditunjukkan dlm video 2..terkesan dgn smngt yg dicritakan, so harapnye sume masih sprt dl n mgkn lbh baik dr dl..doa same2 ntk dri n kawan2 kta jg ya.. my last sentence..
"serahkan saja pada saedah dan alam"
hehe...

dR.DidiE berkata...

hehe...i.Allah sedah...dd excited btol ngn laskar pelangi..hoho..jom pakat2 jadi BU mUS!!!

Tanpa Nama berkata...

salam ziarah..
maaf kerana ingin menegur..yg membaca blog saudari mgkin ikwah (lelaki), tak semestinya semua akhawat.jd minta n mohon tdk diletakkn gmbr2 akhawat yg menmpkn aurat spt bhgian lengan n sbgainya.amat mendukacitakan..
blog saudari amat menarik dan memberi begitu byk input kpd saya yg krg ilmu ni..
blog saudari berpotensi menjadi blog dakwah..insyaAllah..
cuma mohon, jgn cemari blog dgn gmbr2 yg mendatangkan dosa kpd kaum llaki n juga para akhawat yg auratnya terdedah..ingatlah, sesungguhnya wanita adalah fitnah terbesar bagi lelaki..
wallahualam...
maaf jika ada terkasar bhasa..

dR.DidiE berkata...

jazakallah atas tegurannya. Afwan,ana terlepas pandang. Alhamdulillah ada yang mengingatkan. berpesan2 pada kesabaran dan berpesan2 pada kebenaran.jazakallah...

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.