Ahad, April 05, 2009

Kisah Satu:

“Minah, dah masuk waktu solat ni. Stop la dulu chatting tu. Ko ni..dari pagi sampai ke malam chatting je kerja. Pastu menjelajah segenap blog. Dah la tu, jom solat Asar jom, kita jemaah,’ ajak Husna tak berlapik-lapik lagi dah. Dia kenal sangat dengan sahabatnya tu, kalau diajak dengan manis, takkan bergeraknya dari kerusi tu. Biar pedas sikit, baru dia bangun.

***

Kisah Dua:

“Amad, oii Amad..meh tolong mak kejap. Jemur ikan kering ni. Udah-udah la maen game nye...meh tolong mak ni...,”jerit mak Amad kepada anak terunanya itu.

“Ala mak...kejap r...orang dah sampai level 10 dah ni... Mana boley tinggal mak..,” Begitulah Amad. Setiap kali disuruh ibu, ada saja alasannya. Hatta dah nak dekat exam pun dia masih mengulit game kesayangannya.Pendek kata, makan game,tido game, awek game, study game, dan segala-galanya adalah game. Seolah-olah macam, oohhh,game la hidup matiku!!

***

Baiklah,cukup dengan dua kisah. Agak-agak, siapa Minah dan siapa pula Amad ye? Ada kena-mengena ke kisah diorang ni ngan kita?


Cut to the chase, sebenarnya saya sengaja bawakan dua kisah ni untuk renungan kita bersama. Kadang-kadang kita tak sedar yang kita ni dah jauh hanyut dengan benda-benda picisan sehingga setiap hari hidup kita diperhambakan dengan perkara-perkara remeh itu. Macam Amad. Adakah patut seorang rijal Islam menghabiskan hayat mudanya dengan game? Sedangkan Sultan Muhammad Al-Fatih Berjaya menawan Constantinople pada ketika umurnya 21 tahun? Tengok lagi contoh lain, Hassan Al-Banna menjadi mujaddid saat umurnya juga 20-an. Dia sudah bisa membina Ikhwanul Muslimin yang bukan calang-calang kekuatannya. Tapi kita??


Kita sibuk dengan hal-hal dunia yang tak perlu. Yang perempuan sibuk dengan fashion, pak we dan mekap. Setiap hari haruslah tampil cantik dengan fashion terkini dan sensasi. Yang lelaki pun lebih kurang je gayanya. Sibuk dengan mak we ke hulu ke hilir, solat jemaah haram nak pergi. Pastu, balik dating sambung main game sampailah ke Asar, dari Asar bawa ke Maghrib dan begitulah seterusnya. Pagi esok dalam kelas tidooooo....


Sedar tak semua benda tu jahiliah-jahiliah yang menyumbang kepada mundurnya Islam. Attention, saya bukan kata mundurnya MELAYU, tidak! Saya kata jahiliyah-jahiliyah ini memundurkan Islam. Rijal-rijal kita hanyut.....Tak kira laki perempuan semua duk cucuk langit dengan kepala terangguk-angguk. Apa orang putih kata, head bagging? Haa..ye la kot... Kalau kita gi tinjau area Bukit Bintang tu, bolehlah kita lihat betapa rosaknya remaja-remaja kita. Tapi yang hairannya tak de siapa ambil peduli, sebab mereka dah anggap ni macam kehidupan moden. Tak kisah jantan betina keluar sama-sama, buat projek di mana-mana macam dunia ni dia yang punya. Isk3.....


Toyyib, mungkin ada yang bertanya. Apa kaitannya mundur maju Islam dengan aku? Aku orang Melayu, Islam tu agama aku je. Dah solat lima kali sehari cukuplah. Buat apa nak lebih-lebih?


Jawapannya, anda memang ada kaitan dengan Islam sebab bila anda semua mati , Allah tak tanya pun anda Melayu ke Cina, Allah akan judge anda dan saya based upon our religion rite? Kalau kita dah kafir tu memang insya Allah siang-siang lagi Allah dah campak dalam neraka. Tapi kita adalah umat manusia yang mengaku Islam kan. Yang mengaku Allah tu Tuhan dan Muhammad adalah Rasul. Yang mengaku juga Allah tu tujuan, dan Rasulullah tu ikutan. Allah sudah isytiharkan kita sebagai khalifah di muka bumi. Bukan DIA cipta kita saja-saja sesedap rasa je. Tapi DIA cipta kita ada sebab dan musababnya. Allah berfirman,


“tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaKu,” (Ad-Dzariyat:56)

“Dan Dialah yang menjadikan kamu khalifah-khalifah di bumi...” (Al-An’am : 165)


Jadi sekarang jelas kita diciptakan oleh Allah atas dua sebab:


1) KHALIFAH

2) BERIBADAT KEPADA ALLAH


Sahabat-sahabat yang saya hormati dan kasihi sekalian, tidaklah perlu untuk bertanya soalan-soalan seperti salah ke tengok cite Korea, @ salah ke ada girlfren,boyfren?) Seperti yang kita sedia maklum, apabila kita dah start menonton satu episod cerita Korea, maka secara automatiknya kita akan terinduce untuk menyambung ke episod seterusnya dan seterusnya sampai ke seratus episod. Saya nak tanya anda, berapa lama masa yang dihabiskan untuk menonton episod-episod itu? Seminggu, Dua minggu? Atau anda stay up untuk menghabiskannya dalam masa satu hari? Tepuk dada, jawab sendiri. Persoalan yang kedua, “salah ke saya bercinta?”


Anak bangsaku yang seagama, ingatlah dan telan baik-baik firman Allah ni, Surah Al-Israa’(17) ayat 32:

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”

Secara detailnya, semua jalan yang menuju ke arah zina seperti bercouple adalah HARAM! Sebab, bila dah bercouple, anda telah membuat zina hati,zina mata, zina telinga, zina kaki dan zina tangan.

Rasulullah bersabda,

Dalam hadis, baginda rasulullah telah memperincikan jenis-jenis zina. Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Nabi S.A.W. bersabda :

Sesungguhnya Allah Ta’ala telah menetapkan nasib anak Adam mengenai zina. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Zina mata ialah memandang. Zina lidah ialah berkata. Zina hati ialah keinginan dan syahwat,sedangkan faraj (kemaluan) hanya menuruti atau tidak menuruti

Hadis kedua; Daripada Abu Hurairah r.a., dari Nabi S.A.W. sabdanya:

Nasib anak Adam mengenai zina telah ditetapkan. Tidak mustahil dia pernah melakukannya. Dua mata, zinanya memandang. Dua telinga, zinanya mendengar. Lidah, zinanya berkata. Tangan, zinanya memukul. Kaki, zinanya melangkah. Hati, zinanya ingin dan rindu, sedangkan faraj (kemaluan) hanya mengikuti atau tidak mengikuti.”


Anda berzina hati bila anda membayang-bayangkan kekasih anda, anda berzina telinga bila anda bergayut telefon dengan suara manja dan meliuk-lentoknya, anda berzina tangan bila anda berpimpin dengan kekasih anda atau menaip mesej cinta untuk si dia, dan anda telah berzina kaki apabila anda menuju ke tempat dating.....Nah..jelas????


Jika anda memandang masalah ini dengan hati, maka anda yang mahu berfikir akan dapat melihat bagaimana jahiliyah-jahiliyah itu telah melambatkan kemajuan umat Islam. Semua jahiliyah itu membuang masa kita yang berharga. Masa kita berdating ,tengok movie atau chatting sebenarnya boleh kita isi dengan perkara-perkara lain yang lebih berfaedah. Contoh, buat program motivasi untuk budak sekolah, buat video islamik, asah bakat masakan atau cuba duduk dan fikirkan masalah ummat dan cari penyelesaiannya.


Jahiliyah ni kalau boleh saya ibaratkan seperti chewing gum. Chewing gum ni kalau terlekat kat kasut kita, ia akan melambatkan perjalanan kita kan? Sebab kita mesti berusaha nak buang chewing gum tu dulu baru sambung jalan balik. Ye tak? So, sedar atau tidak, chewing gum tu dah melambatkan perjalanan kita untuk menuju ke sesuatu tempat.


Begitu juga dengan jahiliyah. Bila ada jahiliyah yang melekat pada hati atau diri kita, maka kita telah melambatkan proses kebangkitan Islam. Nampak tak?? Ke blur? Tak pe la, saya assume korang faham ek.


So sekarang tugas anda adalah membuang jahiliyah-jahiliyah itu. Tetapi teman yang dikasihi dan dirahmati sekalian, tentulah anda tidak akan bisa mengikis karat-karat jahiliah andai anda tidak punya halawatul Iman yakni Kemanisan Iman....

3 perkara untuk mendapat kemanisan iman :

  1. Allah dan rasul lebih disayanginya melebihi segala-galanya..
  2. menyayangi seseorang hanya kerana Allah..
  3. benci utk kembali pada kekufuran sepertimana benci utk dicampakkan ke neraka..

Memang bukan senang nak buang jahiliyah dari dalam diri. Tapi jangan kita berputus asa. Elakkan berkawan dengan syaitan. Sentiasa buat perkara yang bertentangan dengan kehendak nafsu. Kalau rasa malas, rajinkan diri, kalau rasa nak tengok movie, bangun dan pergi buat kerja-kerja lain. Sibukkan diri! Selamat beramal semua!=)Jom ucapkan Sayonara Jahiliyah!!

“..sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu kaum
sehingga mereka mengubah diri mereka sendiri…dan
apabila Allah mengkehendaki keburukan terhadap sesuatu
kaum,maka tak ada yg dapat menolaknya,dan sekali-kali
tidak ada pelindung bagi mereka selain Dia” (surah
ar-ra’d:11)

p/s:

-Sape nak tahu detail pasal sultan muhammad Al-fatih, klik sini

-Sape nak tahu pasal couple, klik sini

0 comments:

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.