Selasa, April 21, 2009

Tarik nafas...Hembus..Tarik..Hembus...

Kembali ke dunia realiti...
Aku pembawa risalah Islam.
Aku khalifah di muka bumi.
Kerjaku mengangkat Islam ke martabat tertinggi.

Tarik nafas...Hembus..Tarik..Hembus...

Masalah menimbun,otak berserabut,jiwa gundah, hati resah.
Tapi masalah tak selesai-selesai juga.
Ambil ma'thurat,baca.Ambil Quran,hayati.
Tepu.Releks...Cool down..
Tengok orang lain yang lagi besar masalahnya daripada engkau.

Ada kawan melarikan diri dari UK, pergi ke Ireland hanya kerana ada masalah family. Mungkin mencari secebis ketengan di sana. Ada kawan tertekan dengan persiapan kahwin yang tak ready-ready lagi,walhal nak kahwin musim panas nanti. Ada kawan yang tension sebab putus cinta. Ada kawan tension sebab tengah mencari makna diri tapi tak jumpa-jumpa. Ada kawan terlibat dalam cinta tiga segi. Ada kawan di Palestin keluarga mati semua sekali. Ada kawan....Huuu..
Rupanya, ramai lagi yang ada masalah lagi besar dari saya. So, Releks....#

Tarik nafas...Hembus..Tarik...Hembus...

Sekarang cuba menongkat hati yang semakin luluh dan luruh.
Tetapkan otak agar tak jatuh, saat ini penting letakkan akal di depan.
Jangan ikut hati. Ikut hati nanti mati,binasa.
Ini bukan kali pertama berhadapan dengan masalah.
Dari kecil sampai sekarang dah umur 20 tahun, selalu diiringi masalah.
Penyelesaiannya cuma satu>>> ALIH FOKUS!!!!

1) Fikir sesuatu yang lebih besar
2)Fikir sesuatu yang lebih indah dan bermanfaat untuk ummat
3)Fikirkan kerja-kerja yang menimbun
4)Fikir tentang orang lain.Jangan terlalu berada dalam kasut sendiri, takut-takut hanyut dibawa arus ciptaan naluri.

Tarik nafas..Hembus..tarik..hembus..

Alhamdulillah,sekarang dah OK sikit..
Buka buku..Study..Fokus..Exam..Score!
{Cool Down...}

2 comments:

ecz emz berkata...

haha..macam2..xpe2, masing2 dng masalah masing2..jgn jadi mcm carrot yg lembik dgn air panas, tapi jadi mcm kopi yg menghitamkan air panas tu, control da situasion, jgn biarkan situasi mengawal anda. dd kan seorang yg kuat? xmcm ema nih masih mencari2 diri sendiri..hilang... ape2 pun all the best dude! love u fillah!!

didie berkata...

haha..masa tulis entry ni, aku rasa melayang2 gak ma..huhu..tapi kuatkan hati,moga dikurniakan spirit yg tak mati.haish,kalau kita mati,mcm mana hati2 yang lain? kita kna kuat,spya dpt kuatkan hati org lain jgk.masalah selalu ada, itu biasa,yg ptg,bagaimana kita nk balancekan perasaan spaya tak tenggelam dlm masalah.and that's wut i'm doing.i.A skang dah tenang dan rasa dapat tempat bertapak yg kukuh. Allah...huu...tenang...

 
Copyright (c) 2010 Diari diDie. Design by Wordpress Themes.

Themes Lovers, Download Blogger Templates And Blogger Templates.